Pages

Friday, March 21, 2014

PENGAWASAN ANAK-ANAK SANGAT PENTING!!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan..

Hari ni pertama kali dalam sejarah.. nak marah pada diri sendiri pun ade sbb kecuaian diri.. menangis jangan cakap la.. tapi bersyukur pada Allah kerana tiada perkara yg tidak diingini berlaku..

Sebelun kejadian tu mcm biase before pkul 8 en.suami bersiap2 nak g keje dan blikan kami sarapan.. anak2 pun dah bangun lagi2 si kecik (luqman) dan kakak yaya  pun sama..
lepas en.suami pergi keje kakak dah sibuk2 nak sarapan dok membebel..
"ibu adik kacau kakak makan..
"ibu adik nak susu..
"adik jangan kacau kakak boleh..
tu la dia dalam waktu beberapa minit dah berape ayat dia dok membebel.. mmklumlah umur pun dah masuk 4 tahun..adik plak baru masuk 1 tahun biasa la budak2 baru nak blajar semuanya kan..

So dalam kakak dok membebel tu adik menangis nak susu.. kakak mula la nak jadi ibu.. sibuk nak basuhkan botol susu adik..  nak basuh botol pun lame (suke main air) adik pun sibuk la nak tolong kakak jugak..kakak mula terjerit2...
"ibu.. ambik adik.. kakak nak basuh botol la..
"ibu ... adik ni kacau kakak je..
"adik.. pegi kat sane jangan kacau kakak..
ibu datang.angkat adik letak kat dalam walker... lepas tu tgk kakak dok main air..
ibu pun dah rase nk membebel jugak la kan.. tp fikir balik nnt tak jadi ape plak..
so aku just tegur elok2 kate kat kakak jangan main air membazir je air tu..  kakak pun kate ok ibu kakak tak buat lagi..

Dah membebel segala kat dapu
r nk buatkan susu adik.. tibe2 kakak menjerit..
"ibuuu.. adik kat dalam bilik ibu.. pintu terkunci..
aku dengar terkunci je terus tinggalkn kt dapur td tu teru ke bilik.. Ya allah da mcm2 aku fikir time tu.. pegi cari kunci tp kat aku takde ..ape lagi terus call suami bagitau yg luqman terkunci dalam bilik..
Keadaan luqman pada 5 minit pertama masih ok.. dia dok ketuk2 pintu panggil hububu.sementara tunggu suami balik tu aku dok intai2 dia kat celah2 bawah pintu tgk dia kat mane..
10 minit kwmudian dia da start menangis  je.. dia carik2 dia ketuk2 pintu panggil bu..bu. hati aku mula dah rase sebak... call suami tak angkat.. hantar sms dia tak reply.. dan masuk 15minit tak sampai lagi.. aku dok cari la ape2 yg boleh dibuat tuk cuba bukak tombol pintu bilik tapi tak berjaya..

aku dah mula menangis dan kakak pun sama .. sesekali intai2 luqman kat dalam.. dia dah menangis teresak2.. dan gelisah.. aku dah terbau. yg luqman berak time ni.. sekarang da dekat 30 minit luqman kat dalam bilik.. suami masih belum smpai.. aku dah tak tentu arah... sekejap2 intai dan try hulurkan jari2 aku tuk ambik perhatian luqman.. supaya dia tak berada jauh dr pintu dan dr penglihatan aku..aku berdoa banyak.. mintak allah permudahkan.. luqman masih menangis teresak2..

Lepas 35 minit baru suami sampai.. dan terua bukak pintu.. Ya Allah aku terus dukung luqman dan peluk dia seerat2nya..
syukur alhamdulillah dia takde pape.. tapi aku betul2 terkesan dengan kejadian tadi.

tak dapat dibayangkan budak seusia luqman ni masih boleh berkomunikasi dan faham ape yg kite cakap dan beri arahan dalam keadaan macam tu

korang kat luar sane kene peka dan awasi anak2 kecik supaya lebih berhati2
memang perkara ni membuatkan aku lebih membuka mata dan akn lebih memberi pengawasan yg lebih pd ank2

..

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

 
 
Blogger Templates